Al-Quran merupakan Kitab Rujukan Primer buat umat Islam. Kalam Allah ini merupakan Hakim untuk mengadili semua kalam makhluk. Kemudian, barulah kita akan merujuk kepada Hadis Nabi untuk penjelasan. Seterusnya penjelasan2 ulama mengenai sesuatu perkara itu. Aku yang serba kekurangan ini bukan berniat untuk mengajar. Tetapi inilah yang sepatutnya kita semua lakukan. Bukan sekadar menjadikan (hanya) ulama sebagai rujukan. Kita sendiri yang perlu pro-aktif (dalam kerjaya kita boleh proaktif, mengapa tidak untuk akhirat?) untuk mencari kesahihannya dengan menjadikan Al-Quran & Hadis sebagai amalan rujukan kita. Percayalah, ianya penting untuk meniti Akhir Zaman...
Ada banyak ayat rujukan mengenai Akhir Zaman di dalam Al-Quran. Aku kongsikan satu daripadanya. Serta penjelasan yang dapat aku faham daripada apa yang dijelaskan oleh guruku. Namun sekali lagi aku tegaskan bahawa jangan sesekali percaya dengan apa yang aku kongsikan melainkan anda telahpun melakukan rujukan yang sepatutnya untuk memastikan kesahihannya!
Allah berfirman (maksudnya):
"Sungguh tidak mungkin atas (penduduk) sesuatu negeri yang telah Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali (kepada Kami). Hingga apabila dibukakan (tembok) Yaajuj dan Maajuj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi". (Surah Al-Anbiya, ayat 95-96).
Al-Quran tidak menyatakan secara jelas mengenai 'negeri' yang dimaksudkan di dalam ayat ini. Oleh itu, ayat ini mempunyai status 'Mutasyabihat' iaitu memerlukan takwil untuk mencari 'negeri' yang dimaksudkan oleh Al-Quran. Perkara ini telah ditakwilkan oleh guru saya di dalam buku karangannya Jerusalem Di Dalam Al-Quran. Boleh di muat turun percuma (fail pdf) melalui internet di alamat http://imranhosein.org/books.html.
Al-Quran tidak menyatakan secara jelas mengenai 'negeri' yang dimaksudkan di dalam ayat ini. Oleh itu, ayat ini mempunyai status 'Mutasyabihat' iaitu memerlukan takwil untuk mencari 'negeri' yang dimaksudkan oleh Al-Quran. Perkara ini telah ditakwilkan oleh guru saya di dalam buku karangannya Jerusalem Di Dalam Al-Quran. Boleh di muat turun percuma (fail pdf) melalui internet di alamat http://imranhosein.org/books.html.
Di dalam kajian beliau, didapati hanya Jerusalem (Baitul Muqaddis) sebagai kota yang berkaitan dengan Yaajuj Maajuj yang disebut di dalam Al-Quran & Hadis. Seandainya perkara ini benar (wallahu a'alam), ini bermaksud penduduknya iaitu Bani Israel telahpun kembali (sememangnya)! Dan yang lebih mengejutkan, Bani Israel kembali disebabkan oleh bantuan Yaajuj Maajuj! Ini juga bermaksud, Yaajuj & Maajuj telahpun bebas daripada tembok besi buatan Zulkarnain!
Sebenarnya, ramai yang tidak sedar bahawa Kota Jerusalem sememangnya telah diberikan kepada Bani Israel oleh Allah tetapi dengan bersyarat (Surah Al-Araf, ayat 161). Antara syaratnya ialah Baitul Muqaddis hanya diberikan kepada hamba2 Allah yang soleh (Surah Al-Anbiya, ayat 105). Namun dek kerana melanggar syarat, Allah telah menyingkirkan mereka sebanyak 2 kali (Surah Al-Isra'@Bani Israel, ayat 4-7). Sekali disebabkan oleh mengubah Taurat & sekali lagi disebabkan membunuh Nabi2.
Jika kita perhatikan betul2 ayat di atas, maka sedarlah bahawa ianya sedang berlaku kini! Maka, tidak hairanlah mengapa Negara Israel adalah sebuah negara yang secara misterinya kebal & sangat kuat. Mereka sebenarnya dibantu oleh golongan Yaajuj Maajuj yang kuat & hanya Nabi Isa a.s. & tenteranya yang ditakdirkan untuk mengalahkan mereka. Namun, ini tidak bermaksud Palestin perlu diabaikan. Malahan, kita wajib berjihad dengan apa yang kita ada untuk membantu perjuangan mereka sama ada harta, tenaga mahupun jiwa.
Mana mungkin aku dapat rumuskan sesuatu yang telah dibukukan oleh guruku sebanyak 366 mukasurat (versi bahasa melayu). Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini, bolehlah dapatkan buku beliau yang bertajuk Jerusalem Di Dalam Al-Quran (terdapat juga versi bahasa melayu yang ada di pasaran). Wallahu a'alam...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan