Ahad, 24 Julai 2016

Dajjal Sangat Mengenali Manusia

Kadang2 bila dihayati akhirzaman ini ianya penuh dengan perkara2 yang menarik. Bagi aku, yang menariknya ialah apabila satu per satu firman Allah s.w.t dan hadith Rasulullah s.a.w. menjadi nyata dan ianya terbukti benar. Seorang manusia mungkin boleh meramal apa yang bakal berlaku dalam 20 tahun. Itupun melalui pelbagai kajian dan disiplin. Itupun jika diizinkan Allah. Namun jika ianya suatu tempoh masa yang sangat lama seperti 1000 tahun, hanya Allah, Tuhan Maha Pencipta yang dapat menyatakan apa yang bakal berlaku pada masa akan datang. Lalu ilmu itu diajarkan kepada PesuruhNya. Dalam konteks akhir zaman ini, Nabi Muhammad s.a.w.

Dajjal telah keluar kira2 1400 tahun dahulu berdasarkan hadith Tamim Ad-Dhari & Ibnu Sayyad. Ada kemungkinan Dajjal telah hidup sebelum itu lagi berdasarkan hadith tersebut. Ini bersandarkan kepada keadaan ketika Tamim Ad-dhari menemuinya (Dajjal) yang telah dewasa. Namun, biarlah hadith ini menjadi titik permulaan kemunculan Dajjal buat pertama kalinya dalam sejarah Islam.

Sekiranya Dajjal benar2 telah hidup sejak 1400 tahun dahulu, tentu dia akan menjadi seorang yang sangat banyak pengalaman dan ilmu. Lihat sahaja orang2 tua di sekeliling kita, andainya tidak nyanyuk, mereka penuh dengan ilmu dan hikmah yang datang daripada pengalaman hidup mereka. Mereka hanya hidup sekitar 80 tahun. Bayangkan jika Dajjal telah hidup sejak 1400 tahun dahulu. Tentu banyak ilmu mengenai manusia yang diketahuinya. Tidak kisahlah sama ada yang baik ataupun yang buruk. Kelebihan ataupun kekurangan. Cara untuk menangani manusia. Cara untuk mempengaruhi manusia. Apatah lagi jika Dajjal mendapat kerjasama daripada iblis dan syaitan.

Bagaimana Dajjal menggunakan ilmu mengenai manusia ini sebelum daripada 'khuruj' sehinggakan dunia hari ini penuh dengan fitnah? Jawapannya ialah kemungkinan Dajjal menghubungi manusia2 tertentu yang sanggup memilih dunia dan mengenepikan akhirat. Wujudkah manusia2 ini? Ya, mereka inilah yang kebiasaannya kita dengar sebagai 'Freemason' dan 'Illuminati'. Golongan ini sanggup memuja iblis dan syaitan untuk mendapat nikmat besar di dunia. Sebagai balasan kepada penolakan akhirat, mereka hidup kaya raya dan mewah serta mampu mempengaruhi sebahagian besar daripada umat manusia untuk mengikuti agenda mereka. Bukti kewujudan mereka? Anda hanya perlu memperbanyakkan masa untuk pembacaan dan kajian internet mengenai mereka. Sehinggakan ada yang telah mengaku secara terang2an. Sudah ramai yang tahu mengenai perkara ini.

Melalui 'Freemason' dan 'Illuminati', Dajjal mengembangkan sayapnya walaupun sebelum 'khuruj'. Setiap daripada kelebihan manusia akan ditutup rapi agar manusia tidak menyedarinya. Setiap kelemahan manusia akan dipergunakan agar manusia menjadi buta dan mudah tertipu. Daripada ilmu2 mengenali manusia ini Dajjal menghasilkan senjata2nya untuk memerintah dunia daripada Jerusalem. Apakah senjata2 tersebut? Sudahkah ianya dilancarkan ke atas umat manusia? Insyaallah aku akan kongsikan dalam catatan akan datang. Wallahualam...

Dajjal: Antara Muncul & Khuruj

Ramai umat Islam kini bersetuju bahawa dunia kini berada di akhir zaman. Sebenarnya selain daripada Islam, umat Kristian & Yahudi juga mengetahui hakikat ini. Banyak persamaan pemahaman akhir zaman di antara ketiga2 agama utama dunia ini. Terdapat juga perbezaan kepercayaan di antaranya. Namun kita sebagai umat Islam, rujukan yang wajib kita imani ialah Al-Quran & Hadith.

Antara kekeliruan umat Islam mengenai Dajjal ialah mengenai 'muncul' dan 'khuruj'nya Dajjal. Sesungguhnya sangat berbeza di antara masa Dajjal 'muncul' dan 'khuruj'. Dajjal telah muncul kira2 1400 tahun dahulu. Mungkin ramai yang terkejut dengan fakta ini. Tidak kurang yang meragui kesahihannya. Bukti kemunculan Dajjal ialah melalui hadith Tamim Ad-dhari & Ibnu Sayyad. Hadith ini terlalu panjang untuk aku kepilkan di dalam catatan ini. Jika anda benar2 ingin tahu panjang lebar mengenai hadith ini, hanya perlu google mengenainya. Ramai yang telah membicarakannya.

Manakala khurujnya Dajjal masih belum berlaku. Di antara hadis yang paling hampir untuk menjelaskan keadaan 'khuruj' Dajjal ini ialah hadith Sunan Abu Dawud ini: Mu'adh ibn Jabal r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Pembangunan Baitul Maqdis (di Jerusalem) akan diikuti dengan kemusnahan Yathrib (Madinah) dan disusuli Al-Malhamah (peperangan yang besar), dan timbulnya perang besar ini berhubungan dengan dibebaskannya kota Konstatinopel, sedang waktu dibebaskannya Konstatinopel inilah khurujnya (keluar) Dajjal;- (Riwayat Abu Daud).

Di dalam Hadith Tamim Ad-dhari, dajjal telah muncul buat kali pertamanya di dalam sejarah Islam. Hadith ini telah menjelaskan bahawa seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama Tamim Ad-dhari telah bertemu Dajjal dengan mata kepalanya sendiri. Berlaku juga dialog di antara Tamim Ad-dhari dengan Dajjal yang banyak menjadi rujukan dan kajian ulama2 yang mengkaji mengenainya. Kemunculan Dajjal juga telah dikuatkan dengan Hadith mengenai seorang budak Yahudi yang bernama Ibnu Sayyad. Sehinggakan Rasulullah s.a.w. mengambil keputusan untuk menyiasat sama ada Ibnu Sayyad itu adalah Dajjal yang sebenar ataupun tidak. Walaupun akhirnya terbukti Ibnu Sayyad bukannya Dajjal (setelah Ibnu Sayyad dewasa & mempunyai anak) sepertimana riwayat Abu Said Al-Khudri mengenainya, maksud tersirat di sebalik hadis ini menjelaskan bahawa Dajjal telahpun muncul. Itulah sebabnya Rasulullah s.a.w. benar2 ingin memastikan identiti Ibnu Sayyad yang sebenar.

Maka, jika benar Dajjal telah muncul, di manakah dia sekarang? Sebenarnya keberadaan Dajjal itu tidaklah penting tetapi intipati penipuannya yang harus diawasi selalu. Secara ringkasnya, Dajjal muncul di sebuah pulau sepertimana di dalam hadith Tamim Ad-dhari. Namun keberadaannya secara fizikal di dunia ini masih belum berlaku. Pendapat yang paling aku sukai mengenai di manakah Dajjal kini ialah berkaitan dengan hadith ini: Dari An-Nawwas bin Sim'an r.a. berkata: "........Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, berapa lama dia di permukaan bumi?” Baginda menjawab, “Empat puluh hari.  Sehari seperti satu tahun, sehari seperti satu bulan, sehari seperti satu minggu, dan hari-hari yang lain seperti hari-hari biasa....”  (Riwayat Muslim). Hadith ini panjang serta banyak perkara yang dibincangkan. Aku hanya catatkan isinya yang berkaitan.

Intipati hadith ini ialah Dajjal kini berada di dalam dimensi masa yang berbeza dengan kita. Mengikut kajian, Dajjal kini berada di dimensi 'Sehari seperti satu bulan'. Tidak lama lagi dimensi itu akan bertukar kepada 'Sehari seperti satu minggu'. Aku tidak mahu membahaskan kajian ini di dalam catatan ini. Mungkin nanti di dalam catatan akan datang. Namun, bagaimanakah untuk membuktikan perbezaan dimensi masa yang dimaksudkan di atas? Ini memerlukan anda menggunakan mata hati. Baiklah. Begini. Dapatkah anda melihat jin? Tahukah anda bahawa jin juga mempunyai tamadun? Maka, dimanakah letaknya jin dan tamadunnya? Mengapa ianya tidak kelihatan di mata fizikal kita? Sekurang2nya, kita dapat mengesan sedikit mengenai mereka sudah mencukupi tetapi ianya tiada dan tidak mungkin! Jawapannya ialah mereka berada di dimensi masa yang berlainan dengan kita. Ada ketikanya kita dapat menghubungi mereka jika diizinkan oleh Allah sepertimana yang dilakukan oleh bomoh2 dan mereka yang mempunyai ilmu mengenainya. Jika jin boleh muncul di dimensi yang berlainan, mengapa tidak Dajjal?

Sebenarnya mengikut kajian ulama, masa untuk Dajjal 'khuruj' sudah tidak mengambil masa yang lama. Kemungkinan generasi cucu aku akan menghadapi keadaan ini. Aku mungkin salah. Ulama juga mungkin salah. Namun berdasarkan hadith 'khuruj' di atas, kini Jerusalem telah banyak bangunan dan membangun. Madinah pula kini terasing daripada pentadbiran dunia Islam. Banyak kesan2 sejarah disana yang telah dimusnahkan. Dan dunia kini diambang Al-Malhamah (Perang Besar). Perang besar ini akan mengurangkan penduduk dunia sebanyak 2/3. Dalilnya? Aku akan catatkan dalam catatan akan datang. Wallahualam...

Rabu, 20 Julai 2016

Manakah Yang Harus Aku Percaya?

Dunia moden menyaksikan penggunaan teknologi yang sangat meluas. Bidang pendidikan tidak lepas lari daripada menggunakan teknologi yang serba canggih ini. Sangat mudah untuk mendapatkan maklumat. Sangat mudah untuk belajar apa sahaja. Ianya hanyalah semudah satu 'klik'!

Sedar ataupun tidak, kini ramai manusia dididik oleh internet. Andainya Islam dijadikan topik, ramai yang berguru dengan guru2 internet yang bernama Ust Google, Hj Youtube, Sheikh Whatsapp, Ustazah Facebook dll. Ramai yang mendapat impak positif daripadanya. Tidak kurang  juga yang mendapat impak negatif. Aku tahu mungkin ramai yang menyangkakan aku anti kepada semua ini. Tapi nanti dulu, jangan buat apa2 kesimpulan lagi. Ambil masa untuk baca catatan aku sehingga habis.

Sebenarnya ada satu masalah paling ketara mengenai berguru dengan internet ini. Iaitu kesahihan sesuatu perkara. Contohnya ada satu blog yang dibangunkan oleh seorang ulama yang terkenal. Banyak perkara agama yang dibahaskannya melalui blognya. Namun adakalanya kita tertanya2, benarkah itu sememangnya dibangunkan oleh ulama yang sebenar? Ataupun mungkin ada seseorang yang menyamar dan menggunakan nama ulama tersebut. Mungkin niat blogger itu baik. Namun, bukankah nantinya akan tertimbulnya fitnah? Lihat sahaja facebook. Cuba taipkan nama seorang ulama yang terkenal. Rasa2nya berapa banyak akaun yang kelihatan sama akan muncul? Agak2nya yang mana satukah yang betul?

Bagaimana pula dengan youtube? Kita sememangnya benar2 melihat wajah dan pergerakan individu2 ulama itu sendiri bukan? Ulama2 tersebut menyampaikan ilmu tanpa dapat disangkal lagi. Namun bagaimana pula dengan kesahihan ilmunya? Adakah beliau benar2 menyampaikan perkara yang diyakini benar? Bagaimana pula dengan keyakinan kita? Adakah kita benar2 percaya kepada ulama2 tersebut tanpa ragu2 lagi? Tidak risaukah kita kalau2 perkara yang disampaikan oleh ulama2 tersebut merupakan perkara yang salah? Mungkin ulama2 itu sendiri tidak menyedarinya. Bagaimana pula dengan kita yang buta2 mempercayainya?

Hayati hadith ini. Dari Ali r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Hampir datang suatu zaman, di mana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja, dan dari Al-Quran hanya tinggal huruf dan tulisannya sahaja. Masjid-masjid indah dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulama mereka adalah yang paling jahat di antaranya yang ada di bawah langit. Dari mereka (ulama) itu akan muncul berbagai-bagai fitnah dan fitnah itu akan kembali ke lingkungan mereka sendiri (umat Islam);- (Riwayat Baihaqi).

Janganlah ada yang menyangkakan aku anti ulama'. Kalau aku anti ulama, mana mungkin aku berguru dengan mereka. Ya. Aku merupakan seorang buta yang sangat2 memerlukan tongkatnya. Tongkat itulah yang aku harapkan terdiri daripada ulama2 yang benar. Yang tidak mahu mengambil kesempatan dunia untuk kehidupan dunia mereka.

Namun yang paling ingin aku sampaikan ialah tugas kita sebagai murid! Kita harus sentiasa punya kewarasan semasa ingin mengambil ilmu. Maksud aku, setiap apa yang disampaikan oleh ulama', wajib kita selidiki dahulu kesahihannya. Pertama, dengan rujukan2 Al-Quran dan Hadith2 yang digunakan oleh ulama' tersebut. Kedua, harus pula merujuk pendapat beberapa orang ulama' yang lain. Lebih ramai ulama' yang dirujuk, lebih hampir kepada kesahihan. Ketiga, serahkan pada Allah untuk menunjukkan jalan yang benar. Solat Istikharah misalnya. Keempat, nilaikan semula keputusan itu setelah menjalankan beberapa ketika (masa) pengalaman. Kelima, setelah pengalaman itu diyakini kebenarannya, maka ketika itulah boleh dipegang akan kesahihan ilmu tersebut.

Kesemua ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t.: "Wahai orang2 yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq (membawa berita), hendaklah kamu selidiki kebenarannya, (kerana takut), jika kamu menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa pengetahuan, lalu kamu menyesal atas perbuatanmu". (Surah Al-Hujuraat, ayat 6).

Ya, selidiki kebenarannya. Wallahualam...

Isnin, 18 Julai 2016

Dunia Dajjal


Assallamualaikum...

Menulis merupakan suatu hobi bagi aku. Itu bermaksud, aku hanya akan lakukannya ketika punya masa lapang. Dua ke tiga minggu kebelakangan ini agak sukar untuk aku temukan masa lapang untuk menulis. Namun aku cuba juga untuk catatkan sesuatu untuk kali ini.

Dajjal merupakan seorang penipu agung yang paling pandai menipu. Penipuannya bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikesan. Malahan, ketika Dajjal 'Khuruj' (memunculkan diri secara fizikal) nanti, dunia akan penuh dengan kekeliruan.


Di dalam sebuah hadis, Anas ibn Malik berkata, “Nabi s.a.w. bersabda: “Zaman Dajjal adalah zaman kekeliruan. Manusia akan percaya pendusta dan tidak percaya orang yang berkata benar. Manusia tidak percaya orang yang amanah dan mempercayai orang yang khianat. Dan Ruwaibidhah akan diberi perhatian.” Sahabat bertanya “Siapakah Ruwaibidhah itu?” Sabda Baginda, “Orang-orang yang menentang Allah yang diberi penghargaan untuk berucap kepada masyarakat.” (Musnad Ahmad, 3/220).

Di dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menggambarkan betapa dunia ketika itu sangat keliru. Keliru yang bagaimana? Kekeliruan itu membawa maksud bahawa apa yang dilihat dengan mata fizikal mungkin bukan seperti yang akal sangkakan. Di sebalik sesuatu yang menyenangkan mungkin ada pembohongan. Di sebalik sesuatu yang menyakitkan mungkin tersembunyi kebenaran.

Kekeliruan ketika itu juga bukanlah suatu permulaan. Malahan, telah ada golongan yang menyediakan dunia ketika itu untuk menyambut kedatangan Dajjal dengan banyak kekeliruan. Kemunculan Dajjal secara fizikal pula bakal menambah kekeliruan yang telah sedia ada. Biasa dengar Freemason dan Illuminati? Perkara ini bukan lagi rahsia. Ramai yang telah membicarakannya.

Manusia ketika itu menjadi keliru kerana mempercayai pendusta. Siapakah pendusta itu? Sebenarnya siapa pendusta itu tidak penting. Apa yang penting adalah bagaimana kita mengesan penipuan pendusta itu? Di sinilah pentingnya gadjet yang bernama 'Mata hati'. Di sinilah pentingnya merujuk kepada Al-Quran dan Hadith. Di sinilah pentingnya menjadi seorang yang sentiasa menjadikan Al-Quran & Hadith itu pegangannya. Di sinilah pentingnya menjadi orang yang beriman.

Di dalam Al-Quran, Allah s.w.t. berfirman: "Wahai orang2 yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq (membawa berita), hendaklah kamu selidiki kebenarannya, (kerana takut), jika kamu menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa pengetahuan, lalu kamu menyesal atas perbuatanmu". (Surah Al-Hujuraat, ayat 6).

Di dalam ayat ini, Allah s.w.t. tujukan kepada orang2 yang beriman. Itu bermaksud, untuk kita menjadi orang yang beriman, hendaklah sentiasa menjadikan Al-Quran & Hadith itu sebagai panduan hidup. Dalam konteks mengesan pendusta di zaman Dajjal, orang yang sentiasa merujuk kepada Al-Quran dan Hadith untuk memahami sesuatu perkara merupakan orang yang beriman. Hatinya sentiasa menyandarkan firman2 Allah dan sabda2 Nabi Muhammad dalam setiap tindakannya.

Hari ini dunia telah tersedia untuk menyambut kemunculan Dajjal secara fizikal. Lihat sahaja betapa ramai manusia yang mempercayai pendusta2 yang memakai topeng Bank. Lebih teruk lagi pendusta yang memakai topeng 'bank Islam'. Bagaimana pula pendusta2 yang memakai topeng 'Pemerintahan Sekular'? Pendusta2 yang memakai topeng 'Makanan Segera'. Pendusta2 yang memakai topeng Pendidikan Sekular. Pendusta2 yang memakai topeng 'Media'. Pernah terlibat dengan pendusta2 ini? Syukurlah kalau anda tidak pernah...

Andainya Dajjal muncul hari ini, ramai manusia yang tidak dapat lari lagi. Manakah kita ingin lari setelah mendaftarkan diri sebagai ahli riba di bank2? Manakah kita ingin lari setelah menyatukan DNA kita dengan makanan2 segera yang membawa banyak penyakit fizikal & hati? Manakah kita ingin lari dengan kepercayaan bahawa manusia itu melalui zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dalam pendidikan sekular? Manakah kita ingin lari dengan smartphone2 yang mudah dikesan 'location'nya?

Itu hanyalah sedikit percikan sahaja daripada penipuan Dajjal. Kalau kita berniat untuk tidak menyertai Dajjal dalam misinya, mungkin kita perlu kembali terasing. Terasing itu bukanlah bermaksud tidak bersatu. Bukanlah terasing itu membawa maksud individu. Telah ada golongan2 yang sedar mengenai perkara2 yang aku catatkan ini. Mereka bermasyarakat berpandukan Al-Quran dan Hadith. Mereka bukan pecahan2 kepercayaan puak yang pelbagai. Mereka hanyalah orang2 Islam yang ingin kembali kepada kejernihan Islam. Wallahualam...

Ahad, 3 Julai 2016

Mata Hati: Anda Kenal? (2)

KLCC. Sebuah bangunan tertinggi di Malaysia. Ianya pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia. Juga merupakan kebanggaan rakyat Malaysia. Rasanya, satu dunia mengetahui kewujudan bangunan pencakar langit ini. Kalau ingin bergambar dari laman KLCC, amat susah untuk memastikan keseluruhan bangunan ditangkap. Terutama menggunakan kamera tipikal yang tidak punya banyak ciri. Sebagai rakyat Malaysia, tidak lengkap rasanya jika tidak pernah berkunjung ke sini. Dari siang ke malam, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk memerhatikan panorama KLCC dari pelbagai sudut.

Catatan yang lepas, aku ada menyatakan sedikit mengenai KLCC dari pandangan mata fizikal. Aku ada janjikan untuk menjelaskannya dari pandangan mata hati. Sebentar! Itu tidak membuktikan apa2 mengenai aku. Baik yang positif mahupun yang negatif. Sedangkan aku masih lagi perlu banyak dibimbing. Apa yang bakal aku catat ini hanyalah 'kesan' kepada pandangan. Ianya terbuka kepada kebolehpercayaan. Aku tidak mempengaruhi anda. Maka dengan itu, aku berharap perkara yang sama daripada anda.

Pertama, KLCC itu tanda akhir zaman. Bukan sahaja KLCC, malahan semua bangunan pencakar langit yang sedang berlumba2 dibangunkan oleh pelbagai negara di seluruh dunia merupakan tanda akhir zaman. Hayati hadith ini:
Daripada Umar bin al-Khattab r.a. .......Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing (berbangga-bangga) menegakkan dan meninggi-ninggikan binaan. Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu. (Riwayat Muslim).

Kedua. KLCC dibina oleh orang2 yang keadaannya seperti seorang hamba. Tidak percaya? Cuba lihat pekerja2 yang membina bangunan2 hari ini. Apakah ramai di antara mereka rakyat Malaysia? Tidak, mereka kebanyakannya adalah rakyat Indonesia & Bangladesh. Bagaimana dengan bayaran mereka? Kebanyakan dari mereka menerima RM900.00 sebulan. Ada sesiapa rakyat Malaysia yang sanggup untuk bekerja sangat berat dan hanya menerima bayaran sekecil itu? Mereka (Indon & bangla) diperlakukan sepertimana seorang hamba abdi diperlakukan suatu masa dahulu. Penghambaan ini tidak nampak dengan mata fizikal. Ianya dilihat dengan mata hati. Sudah faham apa maksud hadith di atas tadi?

Ketiga. KLCC merupakan suatu tanda bahawa perhambaan kini kembali. Perhambaan apa? Kalau hamba abdi telah aku jelaskan tadi. Perhambaan yang aku maksudkan ialah perhambaan hutang. Eh, apa kena mengena pula? Cuba kembali kepada hadith di atas. Yang membina bangunan itu merupakan orang miskin bukan? Cuba kita lihat pekerja2 tempatan yang terlibat dengan pembinaan KLCC. Mereka ada yang menggunakan kereta2 mewah dan bergaji mahal. Namun gaji itu untuk apa? Ya, untuk membayar kereta, rumah, kad kredit, pembiayaan peribadi dll. Di manakah produk2 ini wujud? Tentunya di bank2. Tanpa anda sedari, mereka sebenarnya bekerja untuk membayar hutang bank. Ataupun lebih tepat lagi, mereka bekerja 'untuk' bank. Cuba lihat pula mereka yang bekerja di dalam KLCC sekarang. Apakah kebanyakan daripada mereka terlepas daripada hutang bank? Maka, mereka yang aku sebutkan tadi orang kaya ataupun orang miskin? Dengan kata lain, kaya harta ataupun kaya hutang?

Keempat. KLCC merupakan tanda untuk sebuah kota yang bakal didatangi oleh Dajjal. "...Maka aku akan keluar dan berjalan di muka bumi dan tidak ada satu pun kota (ataupun bandar) kecuali aku memasukinya dalam waktu 40 malam selain Mekah dan Thaibah, kedua kota itu terlarang bagiku..." Hadith Tamim Ad-Dhari (Riwayat Muslim). Andaikata KLCC merupakan kota yang bakal didatangi Dajjal, maka kawasan sekitarnya merupakan kawasan yang penuh dengan fitnah. Terlihatkah sudah fitnah2 tersebut? Ya, lihat di sekelilingnya. Betapa penuh dengan maksiat. Remaja berpeleseran di taman KLCC. Di sebelah malam pula, banyak pusat2 hiburan membuka pintunya. Bagaimana pula dengan bank? Anda sendiri pasti boleh menjawabnya.

Kelima. KLCC merupakan suatu tanda fitnah akan berleluasa. Apakah maksud fitnah itu? Fitnah merupakan suatu perkara yang kelihatannya seperti benar tetapi hakikatnya adalah salah. Mata fizikal nampak kebanggaan namun mata hati nampak penghambaan. Mata fizikal nampak kemajuan namun mata hati nampak keruntuhan moral. Mata fizikal nampak kekayaan namun mata hati nampak bertambahnya hutang. Bukankah contoh2 ini melambangkan KLCC itu kelihatannya seperti baik tetapi hakikatnya penuh dengan keburukan?

Sebenarnya bukanlah aku memburuk2kan KLCC tetapi aku ingin berkongsi hakikat disebalik apa yang hanya kita lihat melalui mata fizikal. Aku sendiri pun kadang2 ke sana dengan pelbagai tujuan. Apa yang aku kongsikan ini bukanlah sesuatu yang sepatutnya anda bersetuju. Malahan anda sendiri perlu melakukan 'home work' seandainya ingin mengia ataupun menidakkan pandangan aku ini. Ya, merujuk semula kepada Al-Quran & Hadith untuk menentukan kesahihannya. Itulah kelebihan umat Islam sebenarnya. Kita punya rujukan yang tiada keraguan iaitu Al-Quran. Dan penjelasannya terdapat di dalam riwayat2 Rasulullah s.a.w. (Kitab Hadis). Gunakanlah sebaiknya. Wallahualam...

Jumaat, 1 Julai 2016

Mata Hati: Anda kenal?

Setiap manusia mempunyai mata hati. Mungkin ada yang menyedarinya. Mungkin juga ada yang tidak tahu menahu mengenai perkara ini. Deria ke 6 ini hanyalah sekadar dongengan mulut orang2 lama. Ataupun hanya dipunyai oleh manusia2 istimewa. Itulah di antara tanggapan masyarakat dunia moden. Dunia hanya boleh dijelaskan melalui logik sains.
Firman Allah: "Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati, yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada" (Surah Al-Hajj, ayat 46).
Mata hati manusia itu ada yang buta. Ada juga yang celik. Namun yang paling istimewa, ada manusia yang punya mata hati yang sangat terang. Seperti juga mata fizikal, penyakit buta ada yang boleh dirawat dan ada yang tidak boleh lagi dirawat. Mata hati yang buta, Insyaallah boleh dirawat dengan ilmu yang betul, amalan yang ikhlas dan hidayah berterusan daripada Allah. Maka, sebagai seorang manusia yang sedar, kita seharusnya mencari 'jalan' untuk membuka mata hati.
Mata fizikal itu memerlukan cahaya untuk melihat. Ketika siang ataupun diterangi cahaya, kita dapat melihat dengan jelas pada jarak2 yang tertentu. Namun tatkala malam ataupun tiada cahaya, kita tidak dapat melihat seolah2 seperti orang buta. Tidak percaya? Cuba berjalan di dalam hutan tanpa lampu suluh dan ketika bulan suram. Aku banyak kali berada di dalam situasi tersebut. Akhirnya terpaksa juga menyalakan lampu suluh!
Begitu juga dengan mata hati. Ianya memerlukan cahaya untuk melihat. Tanpa cahaya, mata hati akan buta. Persoalannya, cahaya yang bagaimana? Ya, cahaya itu (ataupun lebih sinonim dengan panggilan 'Nur') adalah anugerah daripada Allah. 
Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda: "Takutilah pada firasat orang mukmin kerana sesungguhnya dia melihat dengan cahaya Allah." (Sunan al-Tirmizi - Kitab Tafsir al-Quran: 3052).
Bagaimanakah mendapat anugerah tersebut? Andainya kita merujuk hadis di atas, kita perlu berada di dalam status 'Orang Mukmin'. Siapakah orang mukmin? Adakah kita sudah mencapai tingkat orang mukmin? Orang mukmin itu adalah orang Islam yang Iman telah meresap ke dalam hatinya. Setiap perkara yang dilakukan merupakan pengaruh Iman yang terdapat di dalam hatinya. Sudahkah anda bertanya pada diri sendiri?
Berbicara mengenai mata hati, maka ramai yang menginginkan contoh. Walaupun perkara ini sangat sukar dijelaskan dengan kata2 sepertimana rasa masin, manis, masam ataupun pahit, namun ramai yang cuba membayangkannya. Ya, rasa masin hanyalah boleh difahami dengan lidah, bukannya kata2. Maka, terangnya mata hati hanyalah boleh dirasai dengan iman bukannya kata2. Betapa sukar untuk menjelaskannya dengan kata2.
Cuba fahami perkara ini. Anda pasti mengenali Menara Berkembar Petronas (KLCC) kan? Baiklah. Dengan menggunakan mata fizikal, kita tahu bahawa ianya merupakan suatu petunjuk ataupun bukti kepada sebuah negara maju. Katakanlah suatu hari nanti Malaysia mencapai status 'Negara Maju', maka apakah perkara paling ringkas yang kita boleh fikirkan? Pastinya hal2 seperti KLIA, CyberJaya, KLCC, MRT dsb. Maka, sebuah syarikat yang punyai pejabat di KLCC pastinya kelihatan hebat. Pernah ke KLCC pada waktu malam? Betapa indahnya susunan lampu neon dan betapa ramainya pelancong bergambar di sana. Untuk apa? Sebagai bukti yang mereka sudah sampai ke Malaysia, sebuah negara yang bakal mendapat status 'Negara Maju'.

Sebelum meneruskan bacaan, cuba guna mata hati anda. apakah yang anda boleh nampak? Baiklah, aku berhenti di sini. Insyaallah, aku akan catatkan apa yang boleh aku nampak pada KLCC pada catatan akan datang. Namun catatan aku nanti bukannya ingin membuktikan apa2. Ianya hanya sekadar catatan orang2 yang kurang ilmu tetapi punya keinginan untuk berkongsi. Andainya nanti ianya tidak menepati citarasa anda, anggaplah ianya hanya sebuah kekurangan seorang manusia yang tidak lepas daripada berbuat kekurangan. Wallahualam...