Pernahkah anda terfikir, apakah penjelasan yang terdapat di dalam Al-Quran mengenai Dunia Moden hari ini? Adakah mungkin anda seorang yang mengambil peduli mengenai keadaan sekeliling ataupun hanya menempuhnya tanpa rasa ingin tahu? Apakah kesannya sama ada mengambil peduli ataupun tidak?
Cuba anda bayangkan anda kini sedang mengembara di dalam hutan. Setelah beberapa jam berlalu, anda masih belum sampai ke destinasi. Sekiranya anda seorang yang peduli tentang keadaan sekeliling anda, pastinya anda akan tertanya-tanya sama ada anda telah sesat jalan. Anda pasti akan melakukan sesuatu untuk mengatasinya. Mungkin anda boleh membuat keputusan untuk kembali ke permulaan jalan. Namun, jika anda jenis yang tidak mengambil peduli, perjalanan itu pastinya akan tiada hala tujunya. Kemungkinan anda hanya akan tersedar ketika bekalan makanan sudah kehabisan. Bukankah ketika itu sudahpun terlambat untuk anda melakukan sesuatu?

Secara misterinya, Dunia Moden hari ini lahir kira-kira 100 tahun dahulu. Tahukah anda bahawa 100 tahun dahulu telah terjadinya suatu peristiwa yang membuktikan kebenaran Al-Quran secara jelas & terang?
Pada tahun 1896, seorang ahli kaji purba Perancis yang bernama Loret telah menemui sesuatu yang amat mengujakan di Wadi al-Muluk (lembah raja-raja), Thaba Luxor, Mesir. Beliau telah menemui mumia Firaun Ramses ke-2 iaitu firaun yang dipercayai berkaitan dengan penceritaannya di dalam Al-Quran. Pembalutnya telah dibuka oleh Eliot Smith, juga seorang ahli kaji purba yang berasal dari Inggeris pada 8 Julai 1907.
Allah s.w.t. telah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Surah Yunus, ayat 92).

Ramai penulis, saintis, ulama' dll yang memberi penekanan kepada 'Kami selamatkan badanmu' sebagai bukti kebenaran Al-Quran bahawa ianya telah dikhabarkan 1400 tahun yang lalu melalui Nabi Muhammad s.a.w. sedangkan saintis hanya menemuinya 100 tahun yang lalu. Perkara ini merupakan bukti penting bahawa Al-Quran bukanlah ditulis oleh manusia.
Namun, ramai yang kurang memerhatikan frasa 'tanda-tanda kekuasaan Kami' atau lebih aku fokuskan 'tanda-tanda'. Penemuan mumia jasad firaun merupakan 'tanda' yang telah dijelaskan di dalam Al-Quran. Selain daripada tanda ini, terdapat tanda-tanda lain yang mengiringi penemuan ini. Apa yang lebih mengejutkan, selepas penemuan jasad firaun, satu demi satu tanda-tanda kiamat berlaku!
Pertama, terbentuknya gerakan Zionis yang membawa kepada pembebasan Jerusalem daripada jajahan Kerajaan Uthmaniyyah pada 1918. Pembebasan ini kemudiannya membawa kepada pembentukan Negara Israel Moden pada 14 Mei 1948. Maka, berlakulah perkara yang dikhabarkan di dalam Surah Al-Anbiya, ayat 95-96 (rujuk catatan aku http://www.akudiakhirzaman.blogspot.my/2015/10/apa-al-quran-kata-mengenai-akhir-zaman.html).

Kedua, Order Baru Dunia oleh golongan Yaajuj Maajuj. Mengikut tafsir Ibnu Katsir, sekitar 50H, khalifah telah menghantar sepasukan tentera untuk menjejaki tembok Yaajuj Maajuj. Pasukan ini telah berjaya menemui tembok yang dibuat oleh Zulkarnain itu. Apa yang ditemui oleh mereka ialah sebuah kota yang telah musnah berhampiran dengan tembok tersebut. Sebenarnya, ayat 95-96 Surah An-Anbiya juga telah menyatakan bahawa kembalinya Bani Israel ke Jerusalem adalah dengan bantuan Yaajuj Maajuj. Kini, segala sistem yang ada di Dunia Moden merupakan sistem yang diasaskan oleh mereka. Aku dan kamu merupakan sebahagian daripada sistem ini!
Ketiga, berakhirnya era Mulkan 'Adhan (Kerajaan Yang Menggigit). Mulkan 'Adhan merupakan suatu sistem pemerintahan yang mula meninggalkan sunnah Rasulullah s.a.w. Salah satu contoh yang paling ketara berlaku di dalam pemerintahan Islam selepas Saidina Ali ialah Khalifah diperturunkan melalui keturunan (Datuk kepada Bapa kepada Anak dan seterusnya) seperti Zaman Umaiyyah, Abassiyah hingga ke yang terakhir iaitu Uthmaniyyah. Ini berlaku sekitar tahun 1918. Namun, pemerintahan ini masih menjunjung Allah sebagai Al-Malik (Undang-undang Allah dan RasulNya merupakan undang2 tertinggi).
Keempat, bermulanya era Mulkan Jabarrriyan (Kerajaan Yang Menyombong). Mulkan Jabarriyan merupakan sistem pemerintahan yang tidak berpegang kepada Al-Quran & As-Sunnah. Tidak ada Khalifah yang memayungi umat Islam. Manakala kerajaan yang memerintah meletakkan Al-Malik bukan lagi kepada Allah tetapi pada Negara itu sendiri (sebagai contoh; Parlimen). Ini merupakan kesombongan pada Allah sedangkan hanya Allah yang layak sebagai Al-Malik. Dengan kata lain, Undang2 Allah bukan lagi sebagai Undang-undang tertinggi tetapi segala keputusan diletakkan pada Parlimen untuk menggubal segala undang-undang.

Kelima, penemuan sebuah kotak elektronik yang menjadi alat penyebar fitnah iaitu Televisyen. Televisyen mula dicipta oleh Paul Gottlieb Nipkow pada 1884. Walaupun dari segi teknologi seolah-olah suatu kemajuan, namun fungsinya semakin ketara dari tahun ke tahun 'membentuk pemikiran manusia supaya hanya mengetahui sesuatu yang diingini oleh pihak berkepentingan, tidak kira sama ada ianya benar ataupun salah'. Perkara ini disentuh oleh Rasulullah s.a.w. di dalam sebuah hadis:
Telah menceritakan kepada kami Abu Nu'aim telah menceritakan kepada kami Ibnu 'Uyainah dari Az Zuhri -lewat jalur periwayatan lain-Dan telah menceritakan kepadaku Mahmud telah mengabarkan kepadaku 'Abdurrazzaq Telah mengabarkan kepada kami Ma'mar dari Az Zuhri dari 'Urwah dari Usamah bin Zaid radliallahu 'anhuma, mengatakan; Pernah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menaiki sebuah benteng Madinah lantas bersabda; "Apakah kalian melihat yang kulihat?" Mereka menjawab; 'Tidak.' Beliau bersabda: "Sungguh aku melihat fitnah telah terjadi ditengah-tengah rumah kalian sebagaimana hujan turun." [Sahih al-Bukhari 7060].
Sebenarnya ada terlalu banyak lagi tanda yang terbuka hijabnya satu per satu selepas penemuan jasad Firaun pada tahun 1986. Sekiranya diletakkan kesemuanya, aku yakin anda semua tidak akan baca kesemuanya. Oleh itu, aku sememangnya bercadang untuk mengecilkannya melalui catatan-catatan yang lain. Apa yang penting ialah jangan terima semua yang aku kongsikan selagi anda tidak memastikan kebenarannya melalui kajian-kajian anda sendiri. Wallahu a'lam...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan