Sebelum aku mencatatkan mengenai perihal akhir zaman, perlu aku nyatakan sekali lagi di sini bahawa segala yang aku catatkan merupakan kefahaman aku mengenai akhir zaman melalui sedikit ilmu yang aku dapat daripada guruku dalam keadaan aku yang penuh kekurangan. Maka, jangan sesekali terima pendapatku melainkan setelah anda meneliti kebenarannya melalui kajian anda. Sebenarnya, inilah cara guruku mengajarku supaya tidak terima terus sesuatu ilmu kecuali setelah melakukan 'kerja rumah' iaitu mencari kesahihan & kebenarannya.
Akhir zaman merupakan jangka masa terakhir umat manusia yang bermula dengan lahirnya Nabi kesayangan kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Ya, lahirnya Nabi Muhammad s.a.w. merupakan 'tanda pertama' bermulanya akhir zaman. Namun, mengikut Rasulullah s.a.w., umat Islam terbahagi kepada 5 fasa. Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah,kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya masa kerajaan yang mengigit (Mulkan ‘Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian baginda (Nabi) diam". (Hadith Riwayat Ahmad dan Baihaqi dari Nuaman bin Basyir dari Huzaifah).
Akhir zaman juga merupakan jangka masa akan terjadinya apa yang telah disabdakan oleh baginda Rasulullah s.a.w. Betapa benarnya kata2 baginda, kebanyakan daripada apa yang telah disabdakan benar2 berlaku di zaman ini. Mengenai bangunan2 pencakar langit. Mengenai perempuan berpakaian tetapi telanjang. Mengenai fitnah2 yang datang dari bumbung2 rumah. Subhanallah! Anda hanya perlu membuka mata saja! Betapa kata2 Rasulullah s.a.w. benar2 terjadi! Betapa membuktikan bahawa baginda bukan orang2 biasa yang bersangka2 mengenai sesuatu! Baginda benar2 seorang Nabi & Rasul yang diutuskan oleh Allah. Mana mungkin orang2 biasa boleh menjangkakan apa yang bakal terjadi 1400 tahun kemudian (setakat hari ini)?!...
Akhir Zaman berbeza dengan Hari Kiamat. Hari Kiamat merupakan hari di mana segala yang ada di Cakera Wala akan hancur, sangkakala akan ditiup oleh Israfil dll. Namun, akhir zaman merupakan jangka masa terjadinya tanda2 kecil & tanda2 besar sebelum berlakunya hari kiamat. Penjelasan ini perlu kerana ada segolongan manusia yang menafikan zaman ini adalah akhiruzzaman. Mereka hanya berpegang kepada fakta bahawa hanya Allah yang mengetahui bila terjadinya hari kiamat. Mereka benar mengenai itu! Memang benar hanya Allah yang mengetahui bila terjadinya hari kiamat namun Allah & RasulNya juga telah mengkhabarkan kepada kita mengenai tanda2nya (kecil & besar). Oleh itu, kita perlu jelas mengenai perbezaan di antara Akhir Zaman & Hari Kiamat!
Sedikit ilmu ini aku kongsikan dengan semua pembaca. Semoga ianya bermanfaat. Wallahu a'lam..

Kipidap fazli...gud effort
BalasPadamBacaan yang mudah..��..senang dihadam
BalasPadam