Setiap manusia mempunyai mata hati. Mungkin ada yang menyedarinya. Mungkin juga ada yang tidak tahu menahu mengenai perkara ini. Deria ke 6 ini hanyalah sekadar dongengan mulut orang2 lama. Ataupun hanya dipunyai oleh manusia2 istimewa. Itulah di antara tanggapan masyarakat dunia moden. Dunia hanya boleh dijelaskan melalui logik sains.
Firman Allah: "Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati, yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada" (Surah Al-Hajj, ayat 46).
Mata hati manusia itu ada yang buta. Ada juga yang celik. Namun yang paling istimewa, ada manusia yang punya mata hati yang sangat terang. Seperti juga mata fizikal, penyakit buta ada yang boleh dirawat dan ada yang tidak boleh lagi dirawat. Mata hati yang buta, Insyaallah boleh dirawat dengan ilmu yang betul, amalan yang ikhlas dan hidayah berterusan daripada Allah. Maka, sebagai seorang manusia yang sedar, kita seharusnya mencari 'jalan' untuk membuka mata hati.
Mata fizikal itu memerlukan cahaya untuk melihat. Ketika siang ataupun diterangi cahaya, kita dapat melihat dengan jelas pada jarak2 yang tertentu. Namun tatkala malam ataupun tiada cahaya, kita tidak dapat melihat seolah2 seperti orang buta. Tidak percaya? Cuba berjalan di dalam hutan tanpa lampu suluh dan ketika bulan suram. Aku banyak kali berada di dalam situasi tersebut. Akhirnya terpaksa juga menyalakan lampu suluh!
Begitu juga dengan mata hati. Ianya memerlukan cahaya untuk melihat. Tanpa cahaya, mata hati akan buta. Persoalannya, cahaya yang bagaimana? Ya, cahaya itu (ataupun lebih sinonim dengan panggilan 'Nur') adalah anugerah daripada Allah.
Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda: "Takutilah pada firasat orang mukmin kerana sesungguhnya dia melihat dengan cahaya Allah." (Sunan al-Tirmizi - Kitab Tafsir al-Quran: 3052).
Bagaimanakah mendapat anugerah tersebut? Andainya kita merujuk hadis di atas, kita perlu berada di dalam status 'Orang Mukmin'. Siapakah orang mukmin? Adakah kita sudah mencapai tingkat orang mukmin? Orang mukmin itu adalah orang Islam yang Iman telah meresap ke dalam hatinya. Setiap perkara yang dilakukan merupakan pengaruh Iman yang terdapat di dalam hatinya. Sudahkah anda bertanya pada diri sendiri?
Berbicara mengenai mata hati, maka ramai yang menginginkan contoh. Walaupun perkara ini sangat sukar dijelaskan dengan kata2 sepertimana rasa masin, manis, masam ataupun pahit, namun ramai yang cuba membayangkannya. Ya, rasa masin hanyalah boleh difahami dengan lidah, bukannya kata2. Maka, terangnya mata hati hanyalah boleh dirasai dengan iman bukannya kata2. Betapa sukar untuk menjelaskannya dengan kata2.
Cuba fahami perkara ini. Anda pasti mengenali Menara Berkembar Petronas (KLCC) kan? Baiklah. Dengan menggunakan mata fizikal, kita tahu bahawa ianya merupakan suatu petunjuk ataupun bukti kepada sebuah negara maju. Katakanlah suatu hari nanti Malaysia mencapai status 'Negara Maju', maka apakah perkara paling ringkas yang kita boleh fikirkan? Pastinya hal2 seperti KLIA, CyberJaya, KLCC, MRT dsb. Maka, sebuah syarikat yang punyai pejabat di KLCC pastinya kelihatan hebat. Pernah ke KLCC pada waktu malam? Betapa indahnya susunan lampu neon dan betapa ramainya pelancong bergambar di sana. Untuk apa? Sebagai bukti yang mereka sudah sampai ke Malaysia, sebuah negara yang bakal mendapat status 'Negara Maju'.
Sebelum meneruskan bacaan, cuba guna mata hati anda. apakah yang anda boleh nampak? Baiklah, aku berhenti di sini. Insyaallah, aku akan catatkan apa yang boleh aku nampak pada KLCC pada catatan akan datang. Namun catatan aku nanti bukannya ingin membuktikan apa2. Ianya hanya sekadar catatan orang2 yang kurang ilmu tetapi punya keinginan untuk berkongsi. Andainya nanti ianya tidak menepati citarasa anda, anggaplah ianya hanya sebuah kekurangan seorang manusia yang tidak lepas daripada berbuat kekurangan. Wallahualam...
Sebelum meneruskan bacaan, cuba guna mata hati anda. apakah yang anda boleh nampak? Baiklah, aku berhenti di sini. Insyaallah, aku akan catatkan apa yang boleh aku nampak pada KLCC pada catatan akan datang. Namun catatan aku nanti bukannya ingin membuktikan apa2. Ianya hanya sekadar catatan orang2 yang kurang ilmu tetapi punya keinginan untuk berkongsi. Andainya nanti ianya tidak menepati citarasa anda, anggaplah ianya hanya sebuah kekurangan seorang manusia yang tidak lepas daripada berbuat kekurangan. Wallahualam...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan