Assallamualaikum...
Menulis merupakan suatu hobi bagi aku. Itu bermaksud, aku hanya akan lakukannya ketika punya masa lapang. Dua ke tiga minggu kebelakangan ini agak sukar untuk aku temukan masa lapang untuk menulis. Namun aku cuba juga untuk catatkan sesuatu untuk kali ini.
Dajjal merupakan seorang penipu agung yang paling pandai menipu. Penipuannya bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikesan. Malahan, ketika Dajjal 'Khuruj' (memunculkan diri secara fizikal) nanti, dunia akan penuh dengan kekeliruan.
Di dalam sebuah hadis, Anas ibn Malik berkata, “Nabi s.a.w. bersabda: “Zaman Dajjal adalah zaman kekeliruan. Manusia akan percaya pendusta dan tidak percaya orang yang berkata benar. Manusia tidak percaya orang yang amanah dan mempercayai orang yang khianat. Dan Ruwaibidhah akan diberi perhatian.” Sahabat bertanya “Siapakah Ruwaibidhah itu?” Sabda Baginda, “Orang-orang yang menentang Allah yang diberi penghargaan untuk berucap kepada masyarakat.” (Musnad Ahmad, 3/220).
Di dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menggambarkan betapa dunia ketika itu sangat keliru. Keliru yang bagaimana? Kekeliruan itu membawa maksud bahawa apa yang dilihat dengan mata fizikal mungkin bukan seperti yang akal sangkakan. Di sebalik sesuatu yang menyenangkan mungkin ada pembohongan. Di sebalik sesuatu yang menyakitkan mungkin tersembunyi kebenaran.
Kekeliruan ketika itu juga bukanlah suatu permulaan. Malahan, telah ada golongan yang menyediakan dunia ketika itu untuk menyambut kedatangan Dajjal dengan banyak kekeliruan. Kemunculan Dajjal secara fizikal pula bakal menambah kekeliruan yang telah sedia ada. Biasa dengar Freemason dan Illuminati? Perkara ini bukan lagi rahsia. Ramai yang telah membicarakannya.
Manusia ketika itu menjadi keliru kerana mempercayai pendusta. Siapakah pendusta itu? Sebenarnya siapa pendusta itu tidak penting. Apa yang penting adalah bagaimana kita mengesan penipuan pendusta itu? Di sinilah pentingnya gadjet yang bernama 'Mata hati'. Di sinilah pentingnya merujuk kepada Al-Quran dan Hadith. Di sinilah pentingnya menjadi seorang yang sentiasa menjadikan Al-Quran & Hadith itu pegangannya. Di sinilah pentingnya menjadi orang yang beriman.
Di dalam Al-Quran, Allah s.w.t. berfirman: "Wahai orang2 yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq (membawa berita), hendaklah kamu selidiki kebenarannya, (kerana takut), jika kamu menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa pengetahuan, lalu kamu menyesal atas perbuatanmu". (Surah Al-Hujuraat, ayat 6).
Di dalam ayat ini, Allah s.w.t. tujukan kepada orang2 yang beriman. Itu bermaksud, untuk kita menjadi orang yang beriman, hendaklah sentiasa menjadikan Al-Quran & Hadith itu sebagai panduan hidup. Dalam konteks mengesan pendusta di zaman Dajjal, orang yang sentiasa merujuk kepada Al-Quran dan Hadith untuk memahami sesuatu perkara merupakan orang yang beriman. Hatinya sentiasa menyandarkan firman2 Allah dan sabda2 Nabi Muhammad dalam setiap tindakannya.
Hari ini dunia telah tersedia untuk menyambut kemunculan Dajjal secara fizikal. Lihat sahaja betapa ramai manusia yang mempercayai pendusta2 yang memakai topeng Bank. Lebih teruk lagi pendusta yang memakai topeng 'bank Islam'. Bagaimana pula pendusta2 yang memakai topeng 'Pemerintahan Sekular'? Pendusta2 yang memakai topeng 'Makanan Segera'. Pendusta2 yang memakai topeng Pendidikan Sekular. Pendusta2 yang memakai topeng 'Media'. Pernah terlibat dengan pendusta2 ini? Syukurlah kalau anda tidak pernah...
Andainya Dajjal muncul hari ini, ramai manusia yang tidak dapat lari lagi. Manakah kita ingin lari setelah mendaftarkan diri sebagai ahli riba di bank2? Manakah kita ingin lari setelah menyatukan DNA kita dengan makanan2 segera yang membawa banyak penyakit fizikal & hati? Manakah kita ingin lari dengan kepercayaan bahawa manusia itu melalui zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dalam pendidikan sekular? Manakah kita ingin lari dengan smartphone2 yang mudah dikesan 'location'nya?
Itu hanyalah sedikit percikan sahaja daripada penipuan Dajjal. Kalau kita berniat untuk tidak menyertai Dajjal dalam misinya, mungkin kita perlu kembali terasing. Terasing itu bukanlah bermaksud tidak bersatu. Bukanlah terasing itu membawa maksud individu. Telah ada golongan2 yang sedar mengenai perkara2 yang aku catatkan ini. Mereka bermasyarakat berpandukan Al-Quran dan Hadith. Mereka bukan pecahan2 kepercayaan puak yang pelbagai. Mereka hanyalah orang2 Islam yang ingin kembali kepada kejernihan Islam. Wallahualam...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan