Rabu, 20 Julai 2016

Manakah Yang Harus Aku Percaya?

Dunia moden menyaksikan penggunaan teknologi yang sangat meluas. Bidang pendidikan tidak lepas lari daripada menggunakan teknologi yang serba canggih ini. Sangat mudah untuk mendapatkan maklumat. Sangat mudah untuk belajar apa sahaja. Ianya hanyalah semudah satu 'klik'!

Sedar ataupun tidak, kini ramai manusia dididik oleh internet. Andainya Islam dijadikan topik, ramai yang berguru dengan guru2 internet yang bernama Ust Google, Hj Youtube, Sheikh Whatsapp, Ustazah Facebook dll. Ramai yang mendapat impak positif daripadanya. Tidak kurang  juga yang mendapat impak negatif. Aku tahu mungkin ramai yang menyangkakan aku anti kepada semua ini. Tapi nanti dulu, jangan buat apa2 kesimpulan lagi. Ambil masa untuk baca catatan aku sehingga habis.

Sebenarnya ada satu masalah paling ketara mengenai berguru dengan internet ini. Iaitu kesahihan sesuatu perkara. Contohnya ada satu blog yang dibangunkan oleh seorang ulama yang terkenal. Banyak perkara agama yang dibahaskannya melalui blognya. Namun adakalanya kita tertanya2, benarkah itu sememangnya dibangunkan oleh ulama yang sebenar? Ataupun mungkin ada seseorang yang menyamar dan menggunakan nama ulama tersebut. Mungkin niat blogger itu baik. Namun, bukankah nantinya akan tertimbulnya fitnah? Lihat sahaja facebook. Cuba taipkan nama seorang ulama yang terkenal. Rasa2nya berapa banyak akaun yang kelihatan sama akan muncul? Agak2nya yang mana satukah yang betul?

Bagaimana pula dengan youtube? Kita sememangnya benar2 melihat wajah dan pergerakan individu2 ulama itu sendiri bukan? Ulama2 tersebut menyampaikan ilmu tanpa dapat disangkal lagi. Namun bagaimana pula dengan kesahihan ilmunya? Adakah beliau benar2 menyampaikan perkara yang diyakini benar? Bagaimana pula dengan keyakinan kita? Adakah kita benar2 percaya kepada ulama2 tersebut tanpa ragu2 lagi? Tidak risaukah kita kalau2 perkara yang disampaikan oleh ulama2 tersebut merupakan perkara yang salah? Mungkin ulama2 itu sendiri tidak menyedarinya. Bagaimana pula dengan kita yang buta2 mempercayainya?

Hayati hadith ini. Dari Ali r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Hampir datang suatu zaman, di mana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja, dan dari Al-Quran hanya tinggal huruf dan tulisannya sahaja. Masjid-masjid indah dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulama mereka adalah yang paling jahat di antaranya yang ada di bawah langit. Dari mereka (ulama) itu akan muncul berbagai-bagai fitnah dan fitnah itu akan kembali ke lingkungan mereka sendiri (umat Islam);- (Riwayat Baihaqi).

Janganlah ada yang menyangkakan aku anti ulama'. Kalau aku anti ulama, mana mungkin aku berguru dengan mereka. Ya. Aku merupakan seorang buta yang sangat2 memerlukan tongkatnya. Tongkat itulah yang aku harapkan terdiri daripada ulama2 yang benar. Yang tidak mahu mengambil kesempatan dunia untuk kehidupan dunia mereka.

Namun yang paling ingin aku sampaikan ialah tugas kita sebagai murid! Kita harus sentiasa punya kewarasan semasa ingin mengambil ilmu. Maksud aku, setiap apa yang disampaikan oleh ulama', wajib kita selidiki dahulu kesahihannya. Pertama, dengan rujukan2 Al-Quran dan Hadith2 yang digunakan oleh ulama' tersebut. Kedua, harus pula merujuk pendapat beberapa orang ulama' yang lain. Lebih ramai ulama' yang dirujuk, lebih hampir kepada kesahihan. Ketiga, serahkan pada Allah untuk menunjukkan jalan yang benar. Solat Istikharah misalnya. Keempat, nilaikan semula keputusan itu setelah menjalankan beberapa ketika (masa) pengalaman. Kelima, setelah pengalaman itu diyakini kebenarannya, maka ketika itulah boleh dipegang akan kesahihan ilmu tersebut.

Kesemua ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t.: "Wahai orang2 yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq (membawa berita), hendaklah kamu selidiki kebenarannya, (kerana takut), jika kamu menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa pengetahuan, lalu kamu menyesal atas perbuatanmu". (Surah Al-Hujuraat, ayat 6).

Ya, selidiki kebenarannya. Wallahualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan