KLCC. Sebuah bangunan tertinggi di Malaysia. Ianya pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia. Juga merupakan kebanggaan rakyat Malaysia. Rasanya, satu dunia mengetahui kewujudan bangunan pencakar langit ini. Kalau ingin bergambar dari laman KLCC, amat susah untuk memastikan keseluruhan bangunan ditangkap. Terutama menggunakan kamera tipikal yang tidak punya banyak ciri. Sebagai rakyat Malaysia, tidak lengkap rasanya jika tidak pernah berkunjung ke sini. Dari siang ke malam, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk memerhatikan panorama KLCC dari pelbagai sudut.
Catatan yang lepas, aku ada menyatakan sedikit mengenai KLCC dari pandangan mata fizikal. Aku ada janjikan untuk menjelaskannya dari pandangan mata hati. Sebentar! Itu tidak membuktikan apa2 mengenai aku. Baik yang positif mahupun yang negatif. Sedangkan aku masih lagi perlu banyak dibimbing. Apa yang bakal aku catat ini hanyalah 'kesan' kepada pandangan. Ianya terbuka kepada kebolehpercayaan. Aku tidak mempengaruhi anda. Maka dengan itu, aku berharap perkara yang sama daripada anda.
Pertama, KLCC itu tanda akhir zaman. Bukan sahaja KLCC, malahan semua bangunan pencakar langit yang sedang berlumba2 dibangunkan oleh pelbagai negara di seluruh dunia merupakan tanda akhir zaman. Hayati hadith ini:
Daripada Umar bin al-Khattab r.a. .......Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing (berbangga-bangga) menegakkan dan meninggi-ninggikan binaan. Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu. (Riwayat Muslim).
Kedua. KLCC dibina oleh orang2 yang keadaannya seperti seorang hamba. Tidak percaya? Cuba lihat pekerja2 yang membina bangunan2 hari ini. Apakah ramai di antara mereka rakyat Malaysia? Tidak, mereka kebanyakannya adalah rakyat Indonesia & Bangladesh. Bagaimana dengan bayaran mereka? Kebanyakan dari mereka menerima RM900.00 sebulan. Ada sesiapa rakyat Malaysia yang sanggup untuk bekerja sangat berat dan hanya menerima bayaran sekecil itu? Mereka (Indon & bangla) diperlakukan sepertimana seorang hamba abdi diperlakukan suatu masa dahulu. Penghambaan ini tidak nampak dengan mata fizikal. Ianya dilihat dengan mata hati. Sudah faham apa maksud hadith di atas tadi?
Ketiga. KLCC merupakan suatu tanda bahawa perhambaan kini kembali. Perhambaan apa? Kalau hamba abdi telah aku jelaskan tadi. Perhambaan yang aku maksudkan ialah perhambaan hutang. Eh, apa kena mengena pula? Cuba kembali kepada hadith di atas. Yang membina bangunan itu merupakan orang miskin bukan? Cuba kita lihat pekerja2 tempatan yang terlibat dengan pembinaan KLCC. Mereka ada yang menggunakan kereta2 mewah dan bergaji mahal. Namun gaji itu untuk apa? Ya, untuk membayar kereta, rumah, kad kredit, pembiayaan peribadi dll. Di manakah produk2 ini wujud? Tentunya di bank2. Tanpa anda sedari, mereka sebenarnya bekerja untuk membayar hutang bank. Ataupun lebih tepat lagi, mereka bekerja 'untuk' bank. Cuba lihat pula mereka yang bekerja di dalam KLCC sekarang. Apakah kebanyakan daripada mereka terlepas daripada hutang bank? Maka, mereka yang aku sebutkan tadi orang kaya ataupun orang miskin? Dengan kata lain, kaya harta ataupun kaya hutang?
Keempat. KLCC merupakan tanda untuk sebuah kota yang bakal didatangi oleh Dajjal. "...Maka aku akan keluar dan berjalan di muka bumi dan tidak ada satu pun kota (ataupun bandar) kecuali aku memasukinya dalam waktu 40 malam selain Mekah dan Thaibah, kedua kota itu terlarang bagiku..." Hadith Tamim Ad-Dhari (Riwayat Muslim). Andaikata KLCC merupakan kota yang bakal didatangi Dajjal, maka kawasan sekitarnya merupakan kawasan yang penuh dengan fitnah. Terlihatkah sudah fitnah2 tersebut? Ya, lihat di sekelilingnya. Betapa penuh dengan maksiat. Remaja berpeleseran di taman KLCC. Di sebelah malam pula, banyak pusat2 hiburan membuka pintunya. Bagaimana pula dengan bank? Anda sendiri pasti boleh menjawabnya.
Kelima. KLCC merupakan suatu tanda fitnah akan berleluasa. Apakah maksud fitnah itu? Fitnah merupakan suatu perkara yang kelihatannya seperti benar tetapi hakikatnya adalah salah. Mata fizikal nampak kebanggaan namun mata hati nampak penghambaan. Mata fizikal nampak kemajuan namun mata hati nampak keruntuhan moral. Mata fizikal nampak kekayaan namun mata hati nampak bertambahnya hutang. Bukankah contoh2 ini melambangkan KLCC itu kelihatannya seperti baik tetapi hakikatnya penuh dengan keburukan?
Sebenarnya bukanlah aku memburuk2kan KLCC tetapi aku ingin berkongsi hakikat disebalik apa yang hanya kita lihat melalui mata fizikal. Aku sendiri pun kadang2 ke sana dengan pelbagai tujuan. Apa yang aku kongsikan ini bukanlah sesuatu yang sepatutnya anda bersetuju. Malahan anda sendiri perlu melakukan 'home work' seandainya ingin mengia ataupun menidakkan pandangan aku ini. Ya, merujuk semula kepada Al-Quran & Hadith untuk menentukan kesahihannya. Itulah kelebihan umat Islam sebenarnya. Kita punya rujukan yang tiada keraguan iaitu Al-Quran. Dan penjelasannya terdapat di dalam riwayat2 Rasulullah s.a.w. (Kitab Hadis). Gunakanlah sebaiknya. Wallahualam...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan