Ahad, 24 Julai 2016

Dajjal: Antara Muncul & Khuruj

Ramai umat Islam kini bersetuju bahawa dunia kini berada di akhir zaman. Sebenarnya selain daripada Islam, umat Kristian & Yahudi juga mengetahui hakikat ini. Banyak persamaan pemahaman akhir zaman di antara ketiga2 agama utama dunia ini. Terdapat juga perbezaan kepercayaan di antaranya. Namun kita sebagai umat Islam, rujukan yang wajib kita imani ialah Al-Quran & Hadith.

Antara kekeliruan umat Islam mengenai Dajjal ialah mengenai 'muncul' dan 'khuruj'nya Dajjal. Sesungguhnya sangat berbeza di antara masa Dajjal 'muncul' dan 'khuruj'. Dajjal telah muncul kira2 1400 tahun dahulu. Mungkin ramai yang terkejut dengan fakta ini. Tidak kurang yang meragui kesahihannya. Bukti kemunculan Dajjal ialah melalui hadith Tamim Ad-dhari & Ibnu Sayyad. Hadith ini terlalu panjang untuk aku kepilkan di dalam catatan ini. Jika anda benar2 ingin tahu panjang lebar mengenai hadith ini, hanya perlu google mengenainya. Ramai yang telah membicarakannya.

Manakala khurujnya Dajjal masih belum berlaku. Di antara hadis yang paling hampir untuk menjelaskan keadaan 'khuruj' Dajjal ini ialah hadith Sunan Abu Dawud ini: Mu'adh ibn Jabal r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Pembangunan Baitul Maqdis (di Jerusalem) akan diikuti dengan kemusnahan Yathrib (Madinah) dan disusuli Al-Malhamah (peperangan yang besar), dan timbulnya perang besar ini berhubungan dengan dibebaskannya kota Konstatinopel, sedang waktu dibebaskannya Konstatinopel inilah khurujnya (keluar) Dajjal;- (Riwayat Abu Daud).

Di dalam Hadith Tamim Ad-dhari, dajjal telah muncul buat kali pertamanya di dalam sejarah Islam. Hadith ini telah menjelaskan bahawa seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama Tamim Ad-dhari telah bertemu Dajjal dengan mata kepalanya sendiri. Berlaku juga dialog di antara Tamim Ad-dhari dengan Dajjal yang banyak menjadi rujukan dan kajian ulama2 yang mengkaji mengenainya. Kemunculan Dajjal juga telah dikuatkan dengan Hadith mengenai seorang budak Yahudi yang bernama Ibnu Sayyad. Sehinggakan Rasulullah s.a.w. mengambil keputusan untuk menyiasat sama ada Ibnu Sayyad itu adalah Dajjal yang sebenar ataupun tidak. Walaupun akhirnya terbukti Ibnu Sayyad bukannya Dajjal (setelah Ibnu Sayyad dewasa & mempunyai anak) sepertimana riwayat Abu Said Al-Khudri mengenainya, maksud tersirat di sebalik hadis ini menjelaskan bahawa Dajjal telahpun muncul. Itulah sebabnya Rasulullah s.a.w. benar2 ingin memastikan identiti Ibnu Sayyad yang sebenar.

Maka, jika benar Dajjal telah muncul, di manakah dia sekarang? Sebenarnya keberadaan Dajjal itu tidaklah penting tetapi intipati penipuannya yang harus diawasi selalu. Secara ringkasnya, Dajjal muncul di sebuah pulau sepertimana di dalam hadith Tamim Ad-dhari. Namun keberadaannya secara fizikal di dunia ini masih belum berlaku. Pendapat yang paling aku sukai mengenai di manakah Dajjal kini ialah berkaitan dengan hadith ini: Dari An-Nawwas bin Sim'an r.a. berkata: "........Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, berapa lama dia di permukaan bumi?” Baginda menjawab, “Empat puluh hari.  Sehari seperti satu tahun, sehari seperti satu bulan, sehari seperti satu minggu, dan hari-hari yang lain seperti hari-hari biasa....”  (Riwayat Muslim). Hadith ini panjang serta banyak perkara yang dibincangkan. Aku hanya catatkan isinya yang berkaitan.

Intipati hadith ini ialah Dajjal kini berada di dalam dimensi masa yang berbeza dengan kita. Mengikut kajian, Dajjal kini berada di dimensi 'Sehari seperti satu bulan'. Tidak lama lagi dimensi itu akan bertukar kepada 'Sehari seperti satu minggu'. Aku tidak mahu membahaskan kajian ini di dalam catatan ini. Mungkin nanti di dalam catatan akan datang. Namun, bagaimanakah untuk membuktikan perbezaan dimensi masa yang dimaksudkan di atas? Ini memerlukan anda menggunakan mata hati. Baiklah. Begini. Dapatkah anda melihat jin? Tahukah anda bahawa jin juga mempunyai tamadun? Maka, dimanakah letaknya jin dan tamadunnya? Mengapa ianya tidak kelihatan di mata fizikal kita? Sekurang2nya, kita dapat mengesan sedikit mengenai mereka sudah mencukupi tetapi ianya tiada dan tidak mungkin! Jawapannya ialah mereka berada di dimensi masa yang berlainan dengan kita. Ada ketikanya kita dapat menghubungi mereka jika diizinkan oleh Allah sepertimana yang dilakukan oleh bomoh2 dan mereka yang mempunyai ilmu mengenainya. Jika jin boleh muncul di dimensi yang berlainan, mengapa tidak Dajjal?

Sebenarnya mengikut kajian ulama, masa untuk Dajjal 'khuruj' sudah tidak mengambil masa yang lama. Kemungkinan generasi cucu aku akan menghadapi keadaan ini. Aku mungkin salah. Ulama juga mungkin salah. Namun berdasarkan hadith 'khuruj' di atas, kini Jerusalem telah banyak bangunan dan membangun. Madinah pula kini terasing daripada pentadbiran dunia Islam. Banyak kesan2 sejarah disana yang telah dimusnahkan. Dan dunia kini diambang Al-Malhamah (Perang Besar). Perang besar ini akan mengurangkan penduduk dunia sebanyak 2/3. Dalilnya? Aku akan catatkan dalam catatan akan datang. Wallahualam...

2 ulasan:

  1. Salam tuan.. Pernah x tuan dengar tentang umur umat islam? Yakni setelah nabi isa a.s,imam mahdi dn pejuang panji islam menang peperangan dngn dajjal apabila mereka meninggal dengan tiupan angin yng lembut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kira2 umur umat islam kurang dari 1500H berdasarkan hadis2 sahih

      Padam